Thursday 24 December 2009

to be and trying to be is 2 different things..

Salam all,

sudah pukul 2.30am.. aku masih belum tido.. mungkin kesan dari 'argument" antara aku dan H tadi.. semuanya telerai setiap apa yang aku rase dan apa yang H rase.. telerai demi sesuatu kebaikkan.. bukan nak cari gaduh tapi malam ini terasa sampai puncaknya segala apa yang aku simpan lately.. sama-sama ada salah.. pengakuan dan menyesal bagi aku satu jalan yang cukup baik demi mematangkan sesuatu perhubungan itu..

esok aku ke Basement Bay.. bercuti selam 3 hari di sana.. hati mmg taknak pegi tapi mengenangkan aisyah terpaksa juga aku ikutkan.. kesian dengan dia dah lama tak bercuti mcm nie.. last bulan 6 hari tu ke Snowy Mountain.. so kali nie bawa dia ke pantai.. doakan pemergian kami selamat dan kembali dengan selamat... amin..

Wednesday 23 December 2009

followers and silence reader..

Salam all..

Nampak gayanya 'Always' sudah ada pengikut. Terima kasih buat adik.. bab jadi followers ni aku tak berapa kisah.. lagi yang aku kenal.. takde hal.. tapi bab silence reader nie... dari feed yg aku terima ada dari luar dan aku tau siapa org itu.. satu je yer kalau anda baca..

"Tolong jangan jengah ke sini pls... tak suka dengan kehadiran anda untuk tahu apa lagi tentang kehidupan saya." Terima Kasih..

pada yang baca jgn tanya apa pun dalam nie.. aku lebih suka kalau comment dalam nie '0' sahaja... sebab aku tak nak dah org tau pasal 'Always'.. cukup2 org salah erti dengan 'Nothing In This World Are Prepared For Us'.. pls eik jangan masuk dah kalau tak akan aku 'privatekan' aje.

'Always' kata: aku sudah tak ingat akan anda so pls eik jgn buat benda yg menyakitkan hati aku.

Thursday 17 December 2009

status & hp provider..

Salam all,

Hari ini masuk hari ke 3 aku lihat 'status' tapi aku malas nak pertikaikan.. walaupun sakit hati tapi aku diamkan je.. sebab apa aku diamkan? sebab malas nak gaduh.. org kata baik cakap dari diamkan.. tapi hal-hal mcm nie lebih baik aku diamkan je.. bukan ada sifat iri hati ke apa tapi.. tah la mungkin sebab sayang kat dia.. taknak dia ingat benda lama mungkin.. erm.. biar la.. mungkin dia tak tau lately aku diamkan banyak perkara sebab bagi aku perkara-perkara tu taklah isu besar mana pun.. tapi alangkah bagusnya kalau dia tau nak jaga hati nie.. dalam mana2 perhubungan sekali pun 2-2 pihak kena tau jaga hati pasangan masing2.. tapi lately jugak aku yg banyak terasa dan banyak diamkan..

Line hp kat sini pun satu jugak halnya.. jenis aku nak call ke nak apa sekali pun aku suka dia tahu apa aku buat tak kiralah dengan sms ke email ke apa cara sekalipun.. tapi selalu sangat sms tak sampai.. yg aku hantar ke yang dia hantar ke banyak juga yang tak receive.. letaklah report semua tu still sama.. bengang pun ada.. nak terminate no ni tak boleh sebab dah ikat kontrak 2 thn.. tension.. sebab benda2 mcm nie la punca jadi bahan pertelingkahan.. contoh paling mudah.. nak call aku suka bagitau dulu supaya tak ganggu aktivit dia di sana.. andai kata aku tanya boleh call ke.. belum tentu dia akan dapat sms aku tu.. then bila dia jawab lak belum tentu aku terima lak.. so di situ selalu jadi misunderstanding... dan juga selalu terjadi terasa hati.. dia disana ingat aku tak ingat dia samada tak ingat nak call atau apa.. yg aku ingat dia busy.. so aku tak kacau.. itu lah jugak sebaliknya..

aku bosan dengan situasi2 mcm nie.. aku sendiri sebenarnya tak tau siapa salah.. vadafone ke, maxis ke.. bosan bebetul bosan..

apa nak buat? tah la.. berserah je la..

Selamat Tahun Baru..

Salam all,

Selamat Tahun Baru kepada semua yg beragama Islam.. moga keberkatan tahun baru memberi kesejahteraan kepada semua..

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala Puji bagi Allah Tuhan pemerintah seluruh alam.

Allah menurunkan rahmat dan kesejahteraan-Nya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan sahabat handainya sekalian.

Ya Allah Engkaulah yang abadi lagi kekal dan tidak ada permulaan. Atas kurniaan-Mu yang besar, kemurahan-Mu yang luas hari ini merupakan tahun yang baru, baru sahaja muncul. Kami memohon kepada-Mu supaya memelihara kami daripada syaitan, penyokong-penyokong dan tentera-tenteranya, serta menolong kami menentang nafsu yang mengajak kepda kejahatan.

Dan menolong aku supaya sibuk melakukan amalan untuk mendekatkan aku kepada-Mu wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Allah telah menurunkan rahmat dan kesejahteraan-Nya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan sahabatnya kesemua. Segala puji bagi Allah Tuhan pemerintah alam".


Amin.

Friday 11 December 2009

rindu H

Salam all,

Wujudnya blog ke 2 ini adalah kerana aku rase tiada kebebasan untuk aku berceloteh lagi di "Nothing In This World Are Prepared For Us".. so maka terciptalah 'always' ini.. tempat baru ini diharapkan segala apa yang terluah di dalam hati ini hanya aku seorang sahaja yang tahu.. insyallah..

Hari ni H ke Bahau, sepupunya aton kawin.. dengarnya dia kena jadi pengapit.. itupun setelah dipaksa.. aku menanti sms dari dia untuk aku telefon.. walaupun letih menunggu tapi aku dok jaga 'Cafe World' dia juga.. itu la harian aku yang pasti akan aku cuba akhirkan dengan menelefon.. walaupun kejap.. bukan apa sekadar untuk memastikan yang H rase aku tak pernah lupa akan dia.. mungkin aku ini selalu terasa yang bukan2.. tapi aku sekadar menunjukkan secara ikhlas bahawa aku tak pernah lupakan dia walaupun sesaat mungkin..

Lately aku sangat2 rindukan H, lalu aku buat VC sekali lagi untuk memuaskan hati aku.. ya memang puas melihat dia walaupun dia screen kecil hpku.. bukan apa aku jauh.. walaupun hubungan kami tak seperti hubungan couple2 yang lain tapi sekurang2nya aku bersyukur kerana kali ni H menerima aku dan aisyah..

Aku nak taip panjang2 tapi sejak akhir2 ini mood seakan hilang.. kemana? nun di sana di Kuala Lumpur..

Note: I didn't ask for more just 'that'... always..