Sunday 29 November 2009

Away..

Decided to take a leave for whole week.

Need to check on something, even to see from far away, i'll be happy.


NoTa: Aku perlu itu untuk tenteramkan HATI aku.

Selamat Datang Ke Dunia Baru

Hola,

First, selamat datang kepada diri aku dalam blog nie. Ini blog ke 2 aku, since yang pertama terlalu ramai yg dah tau aku bukak blog ini sekadar untuk aku lepaskan segala yang terjadi pada kehidupan aku semenjak dua menjak nie.

2009 sudah hampir ke penghujungnya, esok dah masuk 1 Disember dimana tinggal sebulan je lagi thn 2010 akan tiba menjengah. Dalam 2009 ini banyak benda terjadi ada suka ada duka, ada turun naik kehidupan. Tahun 2009 juga terjadi talian hubungan yang terputus, hubungan yang terjalin kembali, antara benar atau tipu yang terjadi, antara serius atau juga tidak serius. Aku nak sangat kupas satu-satu peristiwa itu.

Februari, aku kembali ke tanah air setelah hampir 4 tahun berkhidmat di bumi Kosovo, sekembali aku ke tanah air membawa satu misi yang perlu aku selesaikan setelah ianya berlarutan begitu lama. Proses penyelesaian mengambil masa sebulan lebih akhirnya terlerai juga satu hubungan yang dibina atas dasar persetujuan keluarga. Aku akur dengan apa yang terjadi, asalkan anak2 dengan aku. Puteri sulungku bersama aku ketika ini, cuma menantikan puteri ke duaku yg aku harapkan akan bersama dengan aku nanti. Hampir 2 bulan setelah kes itu selesai aku mendapat perkhabaran yang aku akan ditempatkan pula ke bumi Australia. Pada mulanya memang aku seakan berat hati mahu meninggalkan tanah air kembali, meninggalkan puteri ke 2 ku Alia. Tapi bila difikirkan balik inilah satu-satunya peluang untuk aku melupakan perkara-perkara silam yang jadi aku paksa diri aku untuk terima panggilan untuk berkhidmat di sini.

Tanggal 10 April, seawal 9.30 pagi perjalanan aku bermula bagi memulakan tugas di bumi Australia. tepat 10.30 mlm aku tiba di Canberra. Bermulalah satu episod baru dalam hidup aku. Bagi aku keadaan di Canberra sama je dengan Putrajaya, bandar yang tiada hiburan, cuma yang aku boleh fikirkan hanya kerja, kerja dan kerja. 2 bulan pertama memang fikiran aku hanya di Malaysia, rindu dengan Alia sangat-sangat meluap-luap, tapi apakan daya.

Bulan Jun, sedikit ceria hidup aku dengan kedatangan puteri sulung aku, aisyah yang bersama-sama akan juga memulakan hidup baru dia di sini. Aku sangat rapat dengan dia, family juga datang bersama-sama mummy, daddy, boy, natrah juga ada. Perancangan Natrah akan tinggal bersama-sama dengan aku dan aisyah. Suruh dia sambung belajar di sini dan aku akan bayarkan segalanya. Tapi ingatkan berpanjangan dia akan dia sini. 2 bulan tempoh yang aku beri pada dia untuk cari mana-mana uni untuk mendaftar tidak juga dia buat. Akhirnya segalanya terlerai bila mana dia sendiri mengaku untuk pulang ke tanah air, walaupun aku seakan marah dan panas hati tetapi itu kemahuan dia, terpaksa aku uruskan kepulangan dia. Aisyah dibawa bersama, tanggal 30 September aku kembali ke tanah air walaupun hanya untuk 2 minggu bagi menguruskan kedatangan mummy dan daddy pula. Pengorbanan yang paling besar aku rasakan dia org buat untuk aku dan aisyah.

Kepulangan aku selama 2 minggu banyak di habiskan dengan aisyah dan H, mungkin ini dikatakan takdir, setelah 3 kali mencuba kali ini perjanjian seakan terpatri, insyallah hubungan yang baru ini akan di jaga seaik mungkin. Mungkin aku tak pandai bab hal ini semua tapi aku sendiri tidak terduaga diri aku seakan cuba sedaya upaya untuk mempelajari segala apa yang patut agar hubungan kali ini menjadi. 13 Oktober 2009, tanggal dimana aku isytiharkan hasrat hati aku, hasrat yang tersemat 10 thn lamanya, hasrat yang sudah masuk 3 kali cuba di pertahankan. Aku memanjat kesyukuran di atas penerimaan H menerima kehadiran aku, malah juga kehadiran aisyah dan kemungkinan juga kehadiran alia.

Aku kembali ke Canberra tanggal 17 Oktober dengan perasan yang amat bercampur baur, gembira kerana aku kembali dengan status hati ini dimiliki oleh H sepenuhnya. Gembira aku juga dihatinya. Tapi sedih meninggalkan H di tanah air ketika usia perhubungan baru ini masih mentah. Tapi seperti kata H ini semua dugaan untuk kita jadi lebih kuat dan sayang antara satu sama lain. Aku akur dengan apa terjadi dan aku teramat hormatkan H kerana begitu kuat untuk sama-sama menghadapi hubungan jauh ini. Walaupun jauh aku sentiasa cuba meletakkan diri aku sentiasa terasa dekat, dengan telefon dan sms, mungkin itu sahaja yang dapat aku lakukan buat masa ini.

Hubungan kali ini akan aku cuba pelihara tanpa fikirkan sifat terburu-buru, sesekali memang ada hasrat ingin meluahkan pada H yang aku sudah bersedia untuk menamatkan status bujang aku, tapi aku perlu hormat segala apa yang pernah dia cakap sebelum ini. Ketidak sediaan dia untuk melangkah ke alam baru selagi tidak dia lihat keluarganya capai segalanya. Aku sangat hormat keputusan dia. Menunggu selesainya majlis adiknya. Juga aku hormat. Mungkin ini dikatakan dugaan.

Aku sangat akui aku memang tidak sepandai seperi orang lain mungkin untuk memujuk, berkata-kata dan sebagainya. Kelemahan aku yang sentiasa H suruh aku belajar, ya aku memang cuba belajar sebaik mungkin. Kadang kala aku tau nak buat sesuatu itu tapi tak terbuat bila dengan H. Aku mungkin pernah memiliki status kahwin dahulu tetapi aku tak pernah ada pengalaman sebagaimana H ada. Itu aku perasan, H ada banyak pengalaman didalam bab ini. Adakalanya aku sebagai lelaki amat malu dengan perasan itu, H aku letakkan sebagai satu sumber insperasi aku untuk terus melangkah dengan senyuman dan hati yang sangat bahagia. Memang dulu aku selalu mengaku yang tak guna berubah demi seseorang, tetapi kalau perubahan yang kita lalui itu untuk kebaikkan kita dan org yang tersayang aku tak kisah.

Sekarang walaupun sudah sebulan lebih dan kiranya masih hijau, berbagai-bagai dugaan yang aku lalui bersama dengan H, walaupun aku tak berapa suka dengan cerita-cerita lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam hidup dia atau sesiapa juga yang dia minat aku dengarkan sahaja, ada kala terhiris sendiri dengan cerita-cerita itu, walaupun cuba untuk aku sembunyikan tetapi H dapat juga tau dengan tindak tanduk aku. Itu kelebihan H mungkin.

Apa pun jadi aku cuba dan akan terus mencuba untuk terus menjaga hati dia walaupun sering kali aku tak dapat nak jaga hati tu.. aku memang tak pandai barangkali. Cuma aku nak H tau aku tak prefect dan tidak mungkin jadi prefect tapi akan sentiasa cuba belajar dan terus belajar untuk sekurang-kurangnya menjadi seperti apa yang dia mahu.



Always