Wednesday, 24 February 2010

Cuti

Salam All,

Esok aku akan ke Sydney untuk keje then tido semalam dan esok malam nie aku akan memulakan cuti 2 minggu aku... kemana? biar aku sorang je yang tahu.. tak nak sesiapa terasa hati nanti.. apa pun doakan journey aku selamat semuanya..

Adios all..

Note Always: High Time to Get Some Rest.. especially with..

Tuesday, 23 February 2010

1,2,3,4,5.....

salam..

sikit lagi.. beberapa hari lagi.. huhuhuhu.. doakan yer..


adios..

Thursday, 28 January 2010

update..

Salam,

Lama sudah tak ke sini.. hehehe.. busy sedikit, down sedikit, letih sedikit and malas banyak.. hahaha

Apa nak citer? Hati tengah meluap-luap nak balik cuti... erm macam mana nie.. tahan.. tahan.. sikit je lagi.. soon.. banyak gak benda kena settle kalau dapat balik.. antaranya kes lawyer rumah, alia, H, aisyah, kete dll.. kalau nak senaraikan mau berjela..

Minggu depan chacha@kak long@aisyah akan start sekolah.. erm.. 3 Feb - Introduction Night, 5 Feb - Interview session, 8 Feb - Full Session.. erm.. dah besar dah anak dara aku nie.. tak sabar nak ke sekolah.. hari2 pun tanya.. when, when is next week.. Kak long tak de school bag.. padahal kalau nak kira bag dia je dah 3-4.. bebudak zaman sekarang.. semalam di sebabkan tak nak dia kacau mummy yang tak berapa nak sihat, aku bawak dia shopping (amboi - pk balik mcm mengajar lak) lunch box, drawing pad, kasut, dll.. suka bukan main.. tapi dia tetap pau 'barang make-up' dia.. kalau dah pompuan tak kemana minat dia.. lantak janji dia tak make-up dinding umah sudah..

Nak je upload gambar dia tapi disebabkan hp nokia ku rosak and terpaksa ditukar ganti so kemalasan untuk upload tu makin menebal.. nanti2 la kalau aku dapat upload gambar dia pegi sekolah nanti.. lately banyak layan dia atas nasihat H sebab mummy tak sihat.. dia lak itu nak ini nak.. nak lurus rambut la.. ini penangan Dina punya mak la nie.. Dina kawan chacha.. diluruskan rambut bagai.. layankan.. sakit tangan aku pegang iron rambut tu.. hahahah kalau dah lelaki mana lah reti buat benda alah semua tu.. habis tangan kena panas melecur bagai tapi takpe janji dia suka..

Semalam aku hantar application untuk extend mummy and daddy visa's.. insyallah kalau ok dia org akan stay sini sampai hujung tahun nie.. lepas tu kena balik for cooling period at least 6 months.. lepas hujung tahun aku masih blur.. tunggu and lihat tak nak pk lagi apa akan jadi.. semalam masih lagi kedengaran 'suara2' itu.. letih dengar.. masa.. aku perlu masa.. perlukan masa tu semua bersebab... tapi lepas 'ungkapan' minggu lepas jawapan aku hanya satu 'tah la', 'tengok la', jadi, jadi la'..

note: People might say 'Put a side the problems, do not think about it too much', but the truth is 'the problems' is stuck all over the corner of our mind, when is the time that we never think about it?..

Friday, 8 January 2010

masih lagi???

Salam,

Lama dah aku tak bercoretan dalam 'always'.. hari2 pun masuk and tgk tapi takde cerita yg nak aku coretkan.. takde yang menarikpun.. ada yang menarik tapi malas dah nak coretkan kat sini.. sebab aku masih dapat lihat 'Kau' masuk dalam nie.. mcm mana aku tau? nak je aku pastekan kat sini tapi malas.. sebab benda dah lepas.. cakap pun masih buat.. tak paham aku.. nak kata tak berpelajaran tinggi rasenya.. kalau tak berotak tak mungkin manusia tak de otakkan.. so assume ada otak tak guna je la.. maaf kalau penggunaan bahasa yg agak kasar.. tapi peduli apa kan.. blog aku bukan org lain..

Masih nak tahu ke tentang aku dah H? kami happy.. plan pun makin terang and insyallah diberkati hendaknya... so pada 'Kau' happy ke dengar statement di atas?

Aku tak mcm dulu, hampir semua org yg kenal aku tau aku dulu suka assume sendiri.. tapi skrg tak lagi.. aku ikut flow.. life pun dah bertambah ok.. sibuk dalam sebulan nie.. buat check up untuk aisyah, pegi interview kat sekolah dia, sediakan keperluan dia.. tak sangka dah nak masuk sekolah anak aku sorang nie.. tak sabar2 nampaknya hari2 pun tanya.. bangun pagi usung beg dia.. hehhe.. insyallah harap2 dia tak buat hal bulan 2 nanti.. skrg pun dah pandai bangun pagi.. sejak last week pun aku dah tak keluar 8.30am dah... skrg pegi keje kul 7.15am dah keluar.. ada keje yg perlu aku buat pepagi buta sebelum pegi office..

ok la.. malas nak berceloteh panjang bila fikir ada org dok 'teropong' so bye all..

Thursday, 24 December 2009

to be and trying to be is 2 different things..

Salam all,

sudah pukul 2.30am.. aku masih belum tido.. mungkin kesan dari 'argument" antara aku dan H tadi.. semuanya telerai setiap apa yang aku rase dan apa yang H rase.. telerai demi sesuatu kebaikkan.. bukan nak cari gaduh tapi malam ini terasa sampai puncaknya segala apa yang aku simpan lately.. sama-sama ada salah.. pengakuan dan menyesal bagi aku satu jalan yang cukup baik demi mematangkan sesuatu perhubungan itu..

esok aku ke Basement Bay.. bercuti selam 3 hari di sana.. hati mmg taknak pegi tapi mengenangkan aisyah terpaksa juga aku ikutkan.. kesian dengan dia dah lama tak bercuti mcm nie.. last bulan 6 hari tu ke Snowy Mountain.. so kali nie bawa dia ke pantai.. doakan pemergian kami selamat dan kembali dengan selamat... amin..

Wednesday, 23 December 2009

followers and silence reader..

Salam all..

Nampak gayanya 'Always' sudah ada pengikut. Terima kasih buat adik.. bab jadi followers ni aku tak berapa kisah.. lagi yang aku kenal.. takde hal.. tapi bab silence reader nie... dari feed yg aku terima ada dari luar dan aku tau siapa org itu.. satu je yer kalau anda baca..

"Tolong jangan jengah ke sini pls... tak suka dengan kehadiran anda untuk tahu apa lagi tentang kehidupan saya." Terima Kasih..

pada yang baca jgn tanya apa pun dalam nie.. aku lebih suka kalau comment dalam nie '0' sahaja... sebab aku tak nak dah org tau pasal 'Always'.. cukup2 org salah erti dengan 'Nothing In This World Are Prepared For Us'.. pls eik jangan masuk dah kalau tak akan aku 'privatekan' aje.

'Always' kata: aku sudah tak ingat akan anda so pls eik jgn buat benda yg menyakitkan hati aku.

Thursday, 17 December 2009

status & hp provider..

Salam all,

Hari ini masuk hari ke 3 aku lihat 'status' tapi aku malas nak pertikaikan.. walaupun sakit hati tapi aku diamkan je.. sebab apa aku diamkan? sebab malas nak gaduh.. org kata baik cakap dari diamkan.. tapi hal-hal mcm nie lebih baik aku diamkan je.. bukan ada sifat iri hati ke apa tapi.. tah la mungkin sebab sayang kat dia.. taknak dia ingat benda lama mungkin.. erm.. biar la.. mungkin dia tak tau lately aku diamkan banyak perkara sebab bagi aku perkara-perkara tu taklah isu besar mana pun.. tapi alangkah bagusnya kalau dia tau nak jaga hati nie.. dalam mana2 perhubungan sekali pun 2-2 pihak kena tau jaga hati pasangan masing2.. tapi lately jugak aku yg banyak terasa dan banyak diamkan..

Line hp kat sini pun satu jugak halnya.. jenis aku nak call ke nak apa sekali pun aku suka dia tahu apa aku buat tak kiralah dengan sms ke email ke apa cara sekalipun.. tapi selalu sangat sms tak sampai.. yg aku hantar ke yang dia hantar ke banyak juga yang tak receive.. letaklah report semua tu still sama.. bengang pun ada.. nak terminate no ni tak boleh sebab dah ikat kontrak 2 thn.. tension.. sebab benda2 mcm nie la punca jadi bahan pertelingkahan.. contoh paling mudah.. nak call aku suka bagitau dulu supaya tak ganggu aktivit dia di sana.. andai kata aku tanya boleh call ke.. belum tentu dia akan dapat sms aku tu.. then bila dia jawab lak belum tentu aku terima lak.. so di situ selalu jadi misunderstanding... dan juga selalu terjadi terasa hati.. dia disana ingat aku tak ingat dia samada tak ingat nak call atau apa.. yg aku ingat dia busy.. so aku tak kacau.. itu lah jugak sebaliknya..

aku bosan dengan situasi2 mcm nie.. aku sendiri sebenarnya tak tau siapa salah.. vadafone ke, maxis ke.. bosan bebetul bosan..

apa nak buat? tah la.. berserah je la..